Scam jual-beli atas talian makin membimbangkan!


Yay melindungi wang pendahuluan anda apabila bertransaksi dengan orang yang tidak dikenali


Syarikat Amanah Berlesen memastikan keselamatan wang anda

Membina kepercayaan dan keyakinan antara penjual dan pembeli

Yuran perkhidmatan serendah RM2


Pembayaran dilindungi oleh Syarikat Amanah Berlesen

Yay memastikan bayaran anda dilindungi daripada scammer


Melindungi bayaran anda

Semua bayaran yang dibuat melalui Yay akan dilindungi, dengan amanah bagi pihak pembeli dan penjual sehingga transaksi telah selesai. Tidak perlu lagi membuat bayaran terus kepada penjual dan berharap tidak tertipu oleh scammer

Mengurangkan risiko, memberi keyakinan

Yay mengurangkan risiko apabila menjual-beli daripada individu yang tidak dikenali dan ini akan memberikan keyakinan kepada kedua-dua pihak dan akan membawa kepada transaksi yang berjaya

Syarikat amanah berlesen

Yay menggunakan perkhidmatan Syarikat Amanah yang berlesen untuk memastikan keselamatan bayaran anda. Syarikat amanah ini ditugaskan untuk memegang wang anda dengan amanah dan memantau semua bayaran yang dibuat melalui Yay



MUAT TURUN SEKARANG


Mudah untuk guna aplikasi Yay

Membeli dan menjual online dengan lebih selamat dan bijak dengan Yay


Aplikasi Yay direka dengan ciri-ciri untuk memberi anda ketelusan apabila menjual-beli dengan pihak yang tidak dikenali. Tidak perlu risau jika barang itu sudah di-pos atau bayaran sudah dibuat, semuanya di hujung jari anda

Kesempitan wang tunai dan penjual tidak boleh menerima bayaran melalui kad kredit? Dengan Yay, anda boleh membayar dan menerima bayaran melalui kad kredit supaya anda tidak terlepas tawaran yang hebat!

Dengan Yay, anda tidak perlu dedahkan butiran peribadi anda seperti nombor telefon atau nombor akaun bank, hanya gunakan nama pengguna Yay anda sudah cukup untuk melakukan transaksi dengan selamat dan mudah!

Membawa wang tunai untuk transaksi COD membawa risiko yang tinggi. Yay membolehkan anda membuat bayaran pendahuluan dengan selamat, berjumpa dengan penjual untuk memeriksa barangan dan jika berpuas-hati, imbaskan kod QR untuk melepaskan bayaran. COD kini lebih selamat!


Proses yang mudah


1

Perjanjian

Both buyer and seller will create and agree to the transaction on Yay! to ensure transparency & accountability

2

Payment

Setelah perjanjian telah dicapai, Yay akan mengarahkan pembeli untuk membuat bayaran melalui aplikasi Yay. Penjual akan imaklumkan setelah bayaran berjaya dibuat

3

Bayaran dilindungi

Yay akan melindungi bayaran yang telah dibuat bagi kedua-dua pihak, untuk memastikan transaksi itu selamat

4

Penghantaran

Untuk barangan, penjual akan diarahkan untuk membuat penghantaran melalui perkhidmatan penghantaran berdaftar atau melalui COD. Jikalau untuk servis, penjual akan diarahkan untuk memulakan servis tersebut

5

Pindahan wang

Jika barang atau servis menepati butiran yang ditetapkan dalam perjanjian, Yay akan melepaskan bayaran kepada penjual.

Yuran rendah, perlindungan tinggi


Jangan mengambil risiko apabila jual-beli dalam talian, Yay melindungi bayaran anda dengan yuran yang berpatutan!


AMAUN TRANSAKSI RM200.00 DAN KE BAWAH

RM2.00
Flat Fee

AMAUN TRANSAKSI RM200.01 HINGGA RM500

RM5.00
Flat Fee

AMAUN TRANSAKSI RM500.01 HINGGA RM5000

1%
max RM35.00
% jumlah transaksi

AMAUN TRANSAKSI RM5000.01 HINGGA RM30,000

0.75%
max RM225.00
% jumlah transaksi
Untuk transaksi melebihi RM30,000, sila hubungi kami

Soalan lazim


Bagaimana Yay melindungi bayaran saya daripada ditipu scammer?

Penipu jual-beli dalam talian pada lazimnya akan menawarkan produk yang murah melalui media sosial dan aplikasi chat. Harga rendah yang ditajakan membuatkan pengguna tergesa-gesa untuk membuat bayaran kepada penjual supaya tidak terlepas peluang tetapi barang dipesan tidak diterima atau tidak dihantar oleh peniaga. Dengan Yay, pembeli tidak lagi perlu membayar terus kepada akaun bank penjual dan Yay akan melindungi bayaran yang dibuat bagi kedua-dua pihak sehingga transaksi itu tamat. Jika transaksi itu berjaya, bayaran akan disalurkan kepada penjual dan jika transaksi itu gagal, bayaran akan dipulangkan kepada pembeli.


Apakah kaedah pembayaran yang diterima oleh Yay?

Bayaran kepada Yay boleh dibuat melalui perbankan dalam talian (online banking) dan kad kredit (Visa dan MasterCard)


Kenapa saya patut percaya Yay dengan wang saya?

Kami mengambil berat amanah kami untuk melindungi bayaran yang dibuat melalui Yay. Itulah sebabnya kami menggunakan perkhidmatan dan berkerjasama dengan Syarikat Amanah Berlesen yang ditugaskan untuk melindungi wang anda di dalam akaun bank amanah yang ditubuhkan khas untuk memegang semua bayaran yang dibuat melalui Yay. Wang pembayaran yang memasuki akaun bank ini hanya untuk tujuan membuat bayaran kepada penjual atau membuat bayaran balik kepada pembeli, dan Yay tidak mempunyai akses untuk menggunakan wang ini untuk tujuan lain.


Apakah jenis transaksi yang saya boleh membayar melalui Yay?

Aplikasi Yay telah direka khas untuk melindungi bayaran anda untuk segala jenis transaksi yang sah dari segi undang-undang dan boleh digunakan untuk menjual-beli barangan mahupun servis.

Berapa lama untuk wang dipindahkan ke akaun bank penjual?

Setelah transaksi selesai, Yay akan memulakan proses memindahkan wang ke bank akaun penjual dan proses ini akan mengambil masa tidak lebih dari 3 hari berkerja


Boleh saya menyimpan wang di dalam Yay untuk pembelian masa hadapan?

Bayaran yang dibuat melalui Yay hanya untuk pembelian semasa dan Yay dan pengguna tidak boleh menyimpan wang di dalam Yay untuk pembelian masa hadapan.


Kenapa penjual digalakkan mengguna Yay untuk menerima bayaran?

Penjual akan dapat manfaat daripada menggunakan Yay kerana Yay membina kepercayaan dan kredibiliti untuk penjual. Pembeli tidak akan lagi mencurigai penjual yang meminta bayaran pendahuluan dan ini akan memberi keyakinan kepada pembeli untuk berurus niaga dan membayar tanpa was-was


Siapa yang akan membayar yuran servis Yay?

Yuran servis Yay boleh dibayar oleh pembeli, penjual atau dikongsi oleh kedua-dua pihak


Dimana saya boleh dapatkan maklumat yang lebih lanjut?

Sila hubungi kami di ask@wp.trustyay.com dan kami akan bertungkus-lumus untuk membantu anda

Muat Turun Sekarang